nuffnang

hb

Followers

Tuesday, May 10, 2011

KeNtuT? semuA org KenTut...SO?

assalamualaikum dan salam ukhwah.. (*_^)

hye semua....
ari ni cik wani nk kongsi 1 info..
pasal kentut..
haaaaaa..
semua org msti kentut kn..
(korg kentut bucuk x?msti buCuk2 semua nih..)
tipu la korg2 x penah kentut....
ahaks~
kalo ampa2 semua nk tau...
kentut 2 penting taw untuk kita punya kesihatan..
PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah kata kalo kita xkentut, 
kita sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 
meh kita check it out pasal kentut...
.............
pasai apa kita kentut?
kalo ikut definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan kita rasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
bila kita  bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan kita sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.(wah jd ahli kimia plak cik wani ari ni)
 komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar


pasai apa kentut 2 bunyi? 

 kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari usus.
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar.

pasai apa kentut ada bau?

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 
  •  Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 
  •  Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Info 
Makanan penyebab kentut
 

  • Kacang 

  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 

  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 

  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 

  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin. 



  • p/s: best ooo kentut,..hahahah..
    kentut 2 nkmat allah yg  best..tol x?

    3 comments:

    Budak Botak said...

    owh camtu ye...

    Entry terbaru -> Penari Martha Graham Di Google.com... (",)

    WieyaRaudzi ♡ said...

    Nikmat... dan bagus la wani nie tau bab bab gas kentut bagai



    ^^

    Gimi said...

    baru2 ni terbaca boleh kanser kalau tahan kentut..

    MeH tuKAr- TuKar liNK Ye

    heart