nuffnang

hb

Followers

Monday, January 24, 2011

~ari ini cuti??~~

assalamualaikum semua~~

"clas analog 2 ari ni cancel!!!"
yahooooo..
betapa seronok nya cik wani..
clas ari ni cncel..
dh la lab mikro processor x stat lg.
yabedabeduuuu
*jgn tiru aksi ini ya*

ari ni cuti ye wahai kawan2..

apalagi cik wani..
online la keja..
disamping membaca novel..
ad + iz okeh
siaran ulangan wat kali kedua..
novel ni best..
cita cinta gile2..
novel ni adik cik wani yg beli..
tyme pesta buku ari 2..
sales kot..
borong novel la .
tgu lgik..

*peace*

jom smbung baca novel

nk share sikit sinopsis novel nih..

tajuk: AD + IZ  by Eury Ethena

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi di...a tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.

Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.


cover ad + iz



p/s: cik wani!!!lab report bila nk buat ha??
aiyak~~

2 comments:

Chik Att said...

ghajin ... siap buat sinopsis lagi.....

ciK waNi said...

chit att: hihhih
x da la rjin sgt

MeH tuKAr- TuKar liNK Ye

heart