nuffnang

hb

Followers

Thursday, January 13, 2011

FATWA : PENYELEWENGAN ESQ OLEH MUFTI PERSEKUTUAN MALAYSIA

assalamualiakum semua..
ari ni cik wani nk share sumting..
artikel ni cik wani dapat dari
Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya’
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf
Sumber petikan : www.detiknews.com
Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar Agustian sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia menilai ESQ Ary terpesong dari ajaran-ajaran agama Islam.
Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs www.muftiwp.gov.my:
‘Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang Seumpama Dengannya’
(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:
i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah s.w.t semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).
iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ‘SQ’ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala ‘God Spot’ adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran
(Al-Hajj, ayat 46).
iv. menekanan konsep ‘suara hati’ atau ‘conscience’ sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut ‘In the main forms og Christianity, conscience is the absolutely inviolable and acrosanct center of the person as human as responsible for her or his decisions;. Konsep suara hati juga merupakan ajaran Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.
v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas Al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s .
vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan ‘submission’. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir’aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda.
x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan ‘triple one’. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, ‘triple one’ digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan konsep trinity. Buku ‘Christianity For Dummies’, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan ‘The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity – one God expressed in three beings. The term trinity meands: three-oneness.
(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan.
Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.(mok/nrl)
…..

7 comments:

odahonebizz said...

xmnat sgt tgk org nangis2 dlm Halaqah Sentuhan Qalbu...dieorg ngis xnatural...ESQ pndi psiko

LOVE LETTER FROM 8 YEARS OLD BOY
BERCINTA ITU MACAM ORANG TUNGGU BAS

Nurdiyana Yaccob said...

Demi Allah, DeQdEq merupakan salah seorang alumni dan bekas peserta ESQ ini...

DeQdEq attend ESQ ni sebelum isu ini hangat diperkatakan. apa yng DeQdEq bleh katakan, sebagai peserta DeQdEq tak nampak langsung unsur2 yang diperkatakan oleh mufti wilayah tersebut.

malah byk perkara yg membuatkan DeQdEq merasa lbh dekat dgn Allah dan lebih mensyukuri nikmat Allah. paling ketara, pemahaman dan pengertian kenapa perlu solat dan lbh khusyuk dlm solat.

Dari 14 mufti, hanya seorang yang tak setuju dengan ESQ ini...iaitu mufti wilayah...

Wallahua'lam

ciK waNi said...

deqdeq::
assalamualaikum..
cik wani juz share..
bg cik wani semua ni brgantung pada niat..
mufti perlis pon ada ckp pasal pengharaman esq di perlis..
waallahu a'alam...

Nurdiyana Yaccob said...

mmg betul tu...kita patut share ilmu...

DeQdEq pun cuba kongsikan apa yg DeQdEq tau dan alami sendir.

cuma psl mufti perlis tu, bila diharamkan esq? setahu DeQdEq cuma mufti wilayah je

ciK waNi said...

deqdeq..
pasal mufti perlis 2..
berdasarkan surat..
7.12.10
tp cik wani x sure..
coz dpt info ni pon dh bln 1..
tyme bkk emel student..
cik wani belajar di perlis..
so ESQ mmg di haramkan di perlis..

Nurdiyana Yaccob said...

oooo...mksdnya masih baru la pengharaman ESQ di perlis...tima kasih utk info ini

ciK waNi said...

deqdeq..
iyup..
msih baru..
same2/..
sharing is caring right?
sama2 kita mnjana ukhwah islamiah..

MeH tuKAr- TuKar liNK Ye

heart