assalamualaikum semua~~
rasanya sudah lama ak membiarkan blog usang ni berhabuk..
uhukhuk..
maafkan saya...maafkan saya...
hari2 mendatang terlalu bz dan masalah internet di kolej kediaman kadang2 membuatkan mood nk update 2 ilang..
huwaaaaarghh..
okeyh! stop bebel wani..
hari ni ari ini.~
so
nk update ckit pasal ari jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam
disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping
memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat
Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki
yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil
terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada
mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka
diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza
dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang
cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun
termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa
keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang
bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah
S.W.T berfirman di dalam surah
al-Jum’ah ayat 9:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan
mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang
demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah
kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala
keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
p/s: kepada kaum2 adam sekalian..jgn ponteng2 solat jumaat ye~
2 comments:
salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya
salam perkenalan jgk..thanz ya :)
Post a Comment